Friday, January 2, 2009

**kerana aku manusia (banyak kelemahan..pertanyaan)**

SEkujur tubuh teguh disini..
Melayang roh mencari cari
fikiran berputar kerana aku manusia.. inilah fitrahnya..

sering aku bertanya..
mengapa..? kenapa..? benarkah..?
kerana aku manusia..
sentiasa aku mahu tahu hakikatnya.

jika hanya melihat..
jika hanya mendengar..
ku pasti akan ada menyalahkan..
kerana aku manusia..
kadangkala akan tersasar tilikannya..

aku bertanya kerana aku manusia..
aku bertanya kerana tidak mahu tersalah sangka..
dan aku bertanya..

hey kamu.. jawablah sahaja..
bukan ku menuding..
tidak sekalipun menjentik..
cuma kerana aku manusia..

dan kerana..
akulah manusia itu.
yang akan sentiasa memaaf dan menerimamu..
kerana kasihku..
tidak berbelah bagi untukmu..
ku meminta kamu memandangku kerana itu..
kerana aku adalah diriku..yang katamu kamu sayangi..

hai kamu..
jadi jawablah tanyaku..
aku hanya ingin tahunya..
untuk hatiku.. untuk dirimu..
kerana aku ini manusia biasa.. dan kamu tahu hatiku..

No comments: