Sunday, December 14, 2008

Indah

Sayup memandang
Mengintepretasi kata kata alam
Nun kaki langit
Melimpah warna warna mengagumkan..

Aku duduk di situ..
Di bawah pepohon digayuti monyet monyet alam..
Ah.. mereka asyik dengan keletah sendiri..

Oh Tuhan..
Indahnya rasa ini..
Sambil dihembusi angin angin laut
Aku dan dia.. Berpandangan..

Ini cinta?..
Atau aku tidak cukup matang mahu menilainya?..

Namun yang pasti..
Hatiku penuh bunga bunga sepanjang hari itu..
Mahu setiap saat ini berpanjangan dalam hidupku..

Ku rasa..
Bagaikan Sang Puteri sedang bercanda ria bersama Pahlawannya..
Seperti hidupnya kembali Romeo & Juliet
Dan bertemu semula..
Melepas rindu setelah sekian lama..

Oh Tuhan..
Indahnya rasa itu..
Kupinta kepadaMu..
Biarkan ini kekal bersamaku..
Bersama dia..
Dia itu selalu dihatiku..
Dalam mimpi mimpiku..
Dalam setiap doaku..

Oh Tuhan..
Izinkan permintaanku..

Bertaut Kembali..

Diam Saja..

Diam saja!!
Aku tidak mahu mendengarnya!

Diam saja!!
Aku sudah cukup kalut tempuhinya!

Diam saja!!
Amankan duniaku..
Ringankan beban telingaku ini..

Diam saja!!
Bukan membongkak
Ikuti hala hidupku..
Tidak mahu telunjuk kamu! kamu! kamu!!
Aku bukan anak hingusan lagi..

Cuma bimbingi aku..
Itu yang perlu..
Diam saja!!

Monday, December 8, 2008

Aku.. Kataku.. Mahuku..


Ini aku..
Siapa aku.. Bahasa fikiranku..
Ini Aku..
Kenalkah kamu siapa aku ini..
Mungkin Ya..
Jika Tidak..
Inilah Aku..
Kenali aku.. Selami hatiku..
Hatiku rapuh..
Mahu kamu sentiasa mengerti..
Ini Aku..
Aku percaya..
Cinta itu Hidup..
Harapan itu Nafas..
Kecewa itu..Mautnya..

Sunday, December 7, 2008

Keliru Itu Aku..

Dalam dakapan matahari tercintaku..
Aku keliru tiba tiba..
Aku terkaku seketika..
Entah mengapa..
Cuma jasadnya disini bersamaku..
Namun terik panas matahari, nadi segalanya
Tidak kurasa disini..
Aku mencari cari.. Meraba raba cuba menemuinya..
Masih tidak terkapai..

Matahariku..mendakapku erat dengannya..
Aku bahagia..Tapi..
tiba tiba malu datang menyapa..
Lalu..aku keliru lagi..

Matahari membisikkan kepadaku..
Tentang sayangnya..Akan setianya..Janjinya kepadaku..
Entah apa yang terjadi kepadaku..
Ku rasa takut.. Selamatkah aku dengan kata bisiknya..
Aku mahu matahariku.. Terlalu..
Kupinta pada matahari..
Kotakan kata janji itu..
Aku tidak mahu hanya mendengarnya..
Aku mahu merasinya..
Panas matahariku yang selesa amat ku rasa..

Melayang Bersama Bait-bait Indah Matahari

Gambar matahariku..aku masih menatapnya..
Aku melayang dalam khayalan minda..
Ku kira ingin mencipta mimpi mimpi indah..
Tapi..
Bait bait itu yang melabuhkan tahtanya..

Kata matahari kepadaku..
Tika menatap wajahku..
Dia terdiam dan terpaku..
Lantas dia mengerti mengapa hadirnya cinta ini..
Ketika aku memeluk mesra tubuhnya..

Kata matahari..
Terlalu banyak kata yang tak mampu diungkapkannya kapadaku..
Tetapi dia inginku selalu
Hadir dan menemaninya..
Di setiap langkahnya.. Dan meyakininya..

Dan kata matahariku itu..
Aku tercipta untuknya.. Sepanjang hidupnya..
Meskipun waktu akan memanggil seluruh raganya..

Matahariku berbisik pula kepadaku..
Dia ingin aku tahu.. Dia akan selalu milikku..
Yang mencintaiku sepanjang hidupnya..

Diam Itu Luka..

Titis titis air ini tidak mahu berhenti..
Gelora hati ini tidak mahu surutnya..
Hati muda ini tidak mahu lagi tenang..
Dan aku terus berbaring sambil menatap gambar matahariku..

Aku mahu bertahan
Tapi aku tak pasti sampai bila aku mampu..
Namun aku terlalu mahukannya..
Hidup mati aku..
Aku cuba berlari
Tapi baru aku sedar kakiku tempang di sebelah sini..
Lalu aku mengensot..perlahan lahan..
Berdarah luka-luka ditangan pehaku ini..

Hah!!..Betapa gilanya aku..
Ketawa melihat luka lukaku..
Puas hatiku tangan pehaku berdarah begini..
Bagai pengganti luka dadaku yang tak mampu kau melihatnya..

Aku terus mengensot.. tersiat siat kulit tangan pehaku..
Tapi sakitnya tak sesadis di dada ini..