Titis titis air ini tidak mahu berhenti..
Gelora hati ini tidak mahu surutnya..
Hati muda ini tidak mahu lagi tenang..
Dan aku terus berbaring sambil menatap gambar matahariku..
Aku mahu bertahan
Tapi aku tak pasti sampai bila aku mampu..
Namun aku terlalu mahukannya..
Hidup mati aku..
Aku cuba berlari
Tapi baru aku sedar kakiku tempang di sebelah sini..
Lalu aku mengensot..perlahan lahan..
Berdarah luka-luka ditangan pehaku ini..
Hah!!..Betapa gilanya aku..
Ketawa melihat luka lukaku..
Puas hatiku tangan pehaku berdarah begini..
Bagai pengganti luka dadaku yang tak mampu kau melihatnya..
Aku terus mengensot.. tersiat siat kulit tangan pehaku..
Tapi sakitnya tak sesadis di dada ini..
Sunday, December 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment